Khamis, 28 Ogos 2014

4 Air Istimewa Yang Sihat

Air masak yang di campur dengan buah-buahan di bawah dapat membantu mengekalkan kesihatan kerana membantu membuang toksin dalam badan.
Air yang di campur buah-buahan ini perlu dibiarkan dahulu 20 minit sebelum minum. 

Jom buat sendiri:

1) Teh hijau, pudina, limau nipis
Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, sakit kepala, pernafasan

2) Strawberri, kiwi
Melindungi sistem imun, pencernaan, kesihatan kardiovaskular,menyeimbangkan gula dalam darah

3) Timun, limau nipis, lemon
Mengatasi muntah, loya, hidrasi, mengawal selera makan, pencernaan

4) Lemon, limau nipis, oren
Untuk vitamin C badan, sistem imunisasi, pedih ulu hati

Minuman di atas hendaklah di minum pada suhu bilik untuk tempoh 48 jam. Selepas 48 jam, perlu buat air yang baru.

Rabu, 6 Ogos 2014

Khasiat Madu

MADU LEBAH DAN KEISTIMEWAANNYA

Allah s.w.t. telah menciptakan sekalian makhlukNya dan memudahkan untuk mereka barang apa yang diperlukan oleh mereka untuk meneruskan kehidupan. Di antara ribuan makhluk ini, Allah s.w.t. telah menciptakan sejenis serangga yang dipanggil lebah yang merupakan salah satu tanda kebesaran peniptaan Allah s.w.t. Allah s.w.t. telah berfirman dalam kitab suciNya mengenai lebah pengeluar madu yang mempunyai berbagai-bagai manafaat dan penyembuh bagi keharmonian dan kebahagiaan hidup manusia di dunia yang sementara ini. Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: hendaklah kamu membuat sarangmu di gunung-ganang, di pokok-pokok kayu dan juga di babgunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang kamu sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. Dengan itu, akan keluarlah minuman(madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai jenis penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (al-Nahl: 68-69)

Di dalam satu riwayat hadis yang dinukilkan oleh Abu Sa’ed al-Khudri r.a., beliau telah berkata, “seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w. untuk mengadu tentang sakit perut.” Rasulullah s.a.w. telah bersabdakepada beliau, “Berilah dia minum madu.” Lelaki tadi pun memberikan madu untuk diminum oleh saudaranya itu. Kemudian beliau datang lagi untuk bertemu Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Aku telah memberikannya minum madu, tetapi perutnya masih sakit.” Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada beliau, “Berikanlah ia minum madu.” Kemudian lelaki itu datang lagi dengan pengaduan bahawa penyakit perut saudaranya itu masih juga belum sembuh. Demikianlah yang dilakukannya sehingga tiga kali. Rasulullah s.a.w. masih menyuruhnya minum madu. Lelaki itu tetap datang juga dengan pengaduan yang serupa. Dengan yang demikian, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Allah Maha Besar, perut saudaramu telah berdusta.” Riwayat Muslim.

Beberapa orang ulamak telah berkata lelaki itu mempunyai sisa-sisa makanan yang menyebabkan perutnya memulas sakit. Apabila diberikan madu kepadanya, oleh kerana sifat madu itu adalah panas maka ia menyebabkan perut perutnya sakit dan memulas-mulas. Kemudian diberi minum madu lagi, lalu menambah lagi rasa memulas di dalam perut lelaki tersebut. Oleh yang demikian, lelaki arab itu beranggapan bahawa madu itu memudaratkan perut saudaranya sedangkan madu itu memberi kesan baik kepada perut saudaranya itu. Setelah berulang kali diberi minum madu dan selepas setiap kali sakitnya memulas dan apabila segala sisa-sisa makanan yang memudaratkan badan tersebut dihancurkan dan dibuang memalui penyaluran najis, maka barulah pulih perut saudaranya itu dan kembali tenang keadaan dirinya dengan lenyapnya kesakitan dan kepedihan lantaran keberkatan petunjuk Rasulullah s.a.w. dari Tuhannya.

Daripada Aisyah r.a. katanya, “Madu adalah makanan kesukaan Rasulullah s.a.w.”

Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Penawar itu terdapat pada tiga perkara. Bekam, meminum madu dan membakar (mencos) diri dengan besi panas (dengan tujuan membunuh kuman) dan aku menegah umatku dari mulakukan pembakaran badan dengan besi panas.” Al-Bukhari.

Telah berkata jumhur ulamak bahawa madu dikeluarkan dari mulut lebah. Diriwayatkan dari Ali r.a. bahawa beliau berkata, “Kehinaan untuk dunia, semulia-mulia pakaian manusia di dalam kehidupan dunia adalah dari air liur sejenis serangga (kain sutera dari ulat sutera) dan semulia-mulia minuman adalah apa yang keluar dari mulut lebah (madu).”

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud r.a. sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda, “Madu adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati dan hendaklah kamu berubat dengan madu dan al-Quran.”Diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a. sabda Rasulullah s.a.w., “Barang siapa yang makan madu tiga hari dalam setiap bulan, tidak akan tertimpa keatasnya bala yang besar.”

Diriwayatkan daripada ‘Auf bin Malik r.a. bahawa sekiranya beliau sakit, beliau akan berkata bawakan air untukku kerana sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman (maksudnya), “Kami menurunkan dari langit air yang berkat.” Kemudian beliau berkata, “Bawakan madu kepadaku (kemudian beliau membaca ayat 68-69 surah al-Nahl) dan bawakanlah kepadaku minyak (zaitun) lantaran ianya adalah dari pokok yang berkat.” Beliau mencampurkan ketiga-tiga jenis bahan itu dan beliau membaca ayat tadi.

Keistimewaan Madu:
1. Sebagai makanan lengkap.
2. Sebagai penyembuh penyakit.
3. Sebagai antiseptik.

Isnin, 4 Ogos 2014

Makanan Alkali & Asid

Makanan beralkali :
asparagus, brokoli, bayam mentah, timun, taugeh, bawang putih, limau, lemon, mangga, betik, stevia, kacang hijau, kacang soya, salad, kubis, tembikai, kurma dan buah tin, keledek, teh hijau, wheatgrass, epal, anggor, kismis, kiwi, karot, nenas, buah pir, oren, pisang, tomato, avocado, madu liar,  kulit kentang, buah berangan, susu soya, susu ibu, susu kambing, keju dan teh halia.

Perlu diingatkan walaupun lemon dan limau dalam bentuk asalnya bersifat asid, namun setelah mengalami proses penghadaman di dalam badan ianya bersifat alkali

Makanan Berasid :
Madu yang diproses, gula putih, gula perang, pemanis tiruan seperti nutra sweet dan equal, buah dalam tin, ceri masam, plum, beri hitam, cranberri, prun, bayam yg dimasak, kentang tanpa kulit, coklat kacang pecan, gajus, kacang tanah dan walnut, minyak jagung, roti, nasi, pasta, tepung gandum, ayam, daging lembu, daging babi, aiskrim, susu lembu, keju, telur, yogurt, minuman bergas, teh, kopi dan bir.

ps : badan seimbang memerlukan 20% makanan berasid dan 80% makanan beralkali

Menguji Badan Anda Keasidan atau kealkalian dengan jalur pH
Ia adalah disyorkan bahawa anda menguji tahap pH anda untuk menentukan jika pH badan anda memerlukan rawatan segera. Dengan menggunakan jalur ujian pH (Kertas Litmus), anda boleh menentukan faktor pH anda dengan cepat dan mudah dalam privasi rumah anda sendiri. Masa yang terbaik untuk menguji pH anda adalah kira-kira satu jam sebelum makan dan dua jam selepas makan.

Air liur pH Ujian :
Hanya basah sekeping kertas litmus dengan air liur anda. Walaupun secara amnya lebih berasid daripada darah, pH air liur mencerminkan darah dan memberitahu kita apa yang tubuh mengekalkan. Ia adalah petunjuk yang saksama kesihatan cecair extracellular dan rizab mineral alkali mereka. PH optimum untuk air liur adalah 6.4-6.8,
untuk bacaan lebih rendah daripada 6.4 adalah menunjukkan rizab alkali tidak mencukupi. Selepas makan, pH air liur perlu bangkit untuk 7.5 atau lebih. Menyimpang daripada pH air liur sesuai untuk masa yang panjang mengundang penyakit. Jika air liur anda kekal antara 6.5-7.5 dan sepanjang hari, badan anda berfungsi dalam julat yang sihat.
Jika pH air liur kekal terlalu rendah, pemakanan yang harus memberi tumpuan kepada buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral serta mengeluarkan acidifiers kuat seperti soda, gandum dan daging merah.

PH air kencing Ujian :
PH air kencing menunjukkan bagaimana badan sedang berusaha untuk mengekalkan pH yang betul dalam darah. Air kencing mendedahkan alkali (bangunan - anabolik) dan asid (meruntuhkan - katabolik) kitaran metabolik. PH air kencing menunjukkan usaha-usaha badan melalui buah pinggang, adrenals, paru-paru dan gonad untuk mengawal selia pH melalui garam penimbal dan hormon. Air kencing boleh memberi gambaran yang agak tepat kimia badan, kerana buah pinggang menapis garam buffer peraturan pH dan menyediakan nilai-nilai berdasarkan apa yang badan menghapuskan.
PH air kencing boleh berbeza dari seluruh 4.5-9.0 untuk dalam keterlaluan, tetapi pelbagai yang ideal adalah untuk 6.0-7.0. Jika pH kencing anda turun naik antara 6.0 6.5 untuk perkara pertama pada waktu pagi dan antara 6.5-7.0 dan pada waktu malam sebelum makan malam, badan anda berfungsi dalam julat yang sihat.
Ujian air kencing boleh menunjukkan bagaimana badan anda excreting asid dan mengasimilasikan mineral, terutamanya kalsium, magnesium, natrium dan kalium. Mineral berfungsi sebagai "penampan." Penampan adalah bahan yang membantu mengekalkan dan mengimbangi badan daripada pengenalan terlalu banyak keasidan atau kealkalian terlalu banyak. Walaupun dengan jumlah yang betul penampan, asid atau alkali tahap boleh menjadi tekanan kepada sistem peraturan badan. Apabila badan menghasilkan terlalu banyak asid atau alkali, ia mesti mengeluarkan lebihan itu.
Air kencing adalah kaedah badan menggunakan untuk mengeluarkan apa-apa asid berlebihan atau bahan alkali yang tidak dapat buffered. Jika sistem buffering badan menjadi terharu, keadaan "autointoxication" wujud, dan perhatian perlu diberikan kepada mengurangkan tekanan ini.

Selasa, 29 Julai 2014

Petua Sakit Gigi

Bagi yang pernah mengalaminya memang tahu sakit gigi memang amat menyeksakan!  Silap haribulan habis seluruh badan boleh terasa kesakitan dan tak senang duduk kita dibuatnya.  Jika kena pada siang hari, hmmm.. eloklah diikhtiarkan untuk ke klinik gigi, untuk dicabut atau ditampal.  Tapi kalau kena pada waktu malam, atau waktu-waktu yang kita tak berkesempatan nak ke klinik, macam mana?  Tak pun, mungkin ada yang lebih rela menahan sakit… takut nak pergi klinik nanti kena cabut…
Cuba salah satu daripada petua-petua ini, insyaAllah, sakit gigi berkurangan:

Petua 1: Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. InsyaAllah, sakit beransur kurang.

Petua 2: Bancuh satu sudu kecil garam dalam secawan air hangat.  Setelah melarut, biarkan seketika agar ia suam. Kemudian gunakan untuk berkumur  agar sakit gigi reda.

Petua 3: Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. InsyaAllah sakit gigi anda cepat hilang.

Petua  4: Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan berkurangan.

Petua  5: Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

Petua 6: Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2 – 3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

Petua 7: Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.

Petua 8: Ambil daun serai dan tumbukkan  hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

Petua 9: Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh.  Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.

Petua 10: Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut. InsyaAllah berkesan.

Petua 11: Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Petua 12: Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

Petua 13: Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama sekurang-kurangnya satu jam, dan anda akan merasa kesannya.

*copy paste from others blog...

Selasa, 22 Julai 2014

Cara Betul Makan Buah

Makan buah-buahan semasa perut kosong

Ini akan membuka mata anda! Baca ke akhir dan kemudian hantar kepada semua e-senarai anda. Saya lakukan!

Dr Stephen Mak merawat pesakit kanser terminal dengan cara "un-ortodoks" dan ramai pesakit pulih. Sebelum ini dia menggunakan tenaga solar untuk membersihkan penyakit pesakitnya. Beliau percaya pada penyembuhan semulajadi dalam badan terhadap penyakit. Lihat artikel beliau di bawah.

Terima kasih kerana e-mel pasal buah-buahan dan jus. Ia adalah salah satu strategi untuk menyembuhkan kanser. Sehingga akhir2 ini, kadar kejayaan saya dalam menyembuhkan kanser adalah kira-kira 80%. Pesakit kanser tidak patut meninggal dunia. Penawar untuk kanser sudah dijumpai. Ia terpulang samada anda percaya atau tidak. Saya berasa amat terkilan untuk beratus-ratus pesakit kanser yang mati di bawah rawatan konvensional.
- Dr Stephen Mak

MAKAN BUAH ...

Kita semua berfikir makan buah-buahan bermakna hanya membeli buah-buahan, memotong dan hanya hulur ke dalam mulut kita. Ia tidak semudah yang anda fikirkan. Ia adalah penting untuk mengetahui bagaimana dan * bila * harus makan.

Apakah cara yang betul makan buah-buahan?

IA BERMAKNA TIDAK MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN!

BUAH harus dimakan ATAS PERUT KOSONG

Jika anda makan buah-buahan seperti itu, ia akan memainkan peranan utama untuk menyahtoksik sistem anda, membekalkan anda dengan banyak tenaga untuk penurunan berat badan dan aktiviti kehidupan yang lain. *

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING.

Katakan anda makan dua keping roti dan kemudian sepotong buah-buahan. Kepingan buah-buahan sudah bersedia untuk pergi lurus melalui perut ke dalam usus, tetapi ia dihalang daripada berbuat demikian.

Sementara itu seluruh pemakanan tadi merosak  dan menapai dan bertukar kepada asid. Ketika buah bersentuhan dengan makanan di dalam perut dan jus hadam, jisim keseluruhan makanan mula merosak.....

Oleh itu, sila makan buah-buahan anda pada perut* kosong ** atau sebelum makan anda! Anda telah mendengar orang mengadu setiap kali saya makan tembikai saya sendawa, apabila saya makan durian perut saya kembung atas, apabila saya makan pisang saya rasa seperti berjalan ke tandas, dan lain-lain,  benar-benar semua ini tidak akan timbul jika anda makan buah-buahan pada perut kosong. Buah-buahan bercampur dengan makanan lain yang merosak dan menghasilkan gas dan dengan itu anda akan berasap!

Keputihan rambut, botak, cetusan saraf dan lingkaran hitam di bawah mata semua ini *TIDAK* akan berlaku jika anda mengambil buah-buahan ketika perut kosong.

Tidak ada perkara buah-buahan, seperti oren dan lemon adalah berasid, kerana semua buah-buahan menjadi alkali dalam badan, menurut Dr Herbert Shelton yang membuat kajian mengenai perkara ini. Jika anda telah menguasai cara yang betul untuk makan buah-buahan, anda mempunyai rahsia kecantikan, umur panjang, kesihatan, tenaga, kebahagiaan dan berat badan normal. Apabila anda perlu minum jus buah-buahan - minum  jus buah *sahaja*, BUKAN dari tin. Jangan sekali minum jus yang telah dipanaskan. Jangan makan buah-buahan yang dimasak kerana anda tidak mendapat nutrien sama sekali. Anda hanya dapat merasa. Memasak memusnahkan semua vitamin.

Tetapi makan buah-buahan keseluruhan adalah lebih baik daripada minum jus. Jika anda perlu minum jus, minum perlahan-lahan, kerana anda mesti biarkan ia bercampur dengan air liur anda sebelum menelannya. Anda boleh puasa atas buah 3 hari untuk membersihkan badan anda. Hanya makan buah-buahan dan minum jus buah-buahan di seluruh
3 hari dan anda akan terkejut apabila rakan-rakan anda memberitahu anda bagaimana berseri anda kelihatan! *

KIWI: Kecik tetapi besar. Ini adalah sumber yang baik kalium, magnesium, vitamin E & serat. Kandungan vitamin C adalah dua kali ganda daripada oren.

APPLE: Satu epal sehari menjauhkan doktor dari kita? Walaupun epal mempunyai kandungan vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan flavonoid & yang meningkatkan aktiviti vitamin C dengan itu membantu untuk mengurangkan risiko kanser kolon, serangan jantung & strok.

STRAWBERRY: Buah pelindung. Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang tertinggi di kalangan buah-buahan utama & melindungi tubuh daripada penyebab kanser, saluran darah tersumbat-radikal bebas. *

OREN: perubatan termanis. Mengambil 2-4 oren sehari boleh membantu menjauh selsema, kolesterol, mencegah & membubarkan batu karang dan juga mengurangkan risiko kanser kolon. *

SemanGKa: Penghilang dahaga tersejuk. Terdiri daripada 92% air, ia juga penuh dengan dos gergasi glutation, yang membantu meningkatkan sistem imun kita. Ia juga merupakan sumber utama lycopene oksidan melawan kanser. Nutrien lain yang terdapat dalam tembikai adalah vitamin C & Kalium. *

JAMBU & Pokok Betik: anugerah Top untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan vitamin C yang tinggi .. Jambu Batu ini juga kaya dengan serat, yang membantu mengelakkan sembelit. Betik kaya dengan karotena, ini adalah baik untuk mata anda. *

*****************************

Minum air sejuk selepas makan = Kanser! * Anda boleh percaya ini? Bagi mereka yang suka minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Ia adalah baik untuk mempunyai cawan minuman sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Sangat tidak lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Ia adalah lebih bijak untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Nota penting tentang serangan jantung .....

Serangan jantung PROSEDUR ': (INI BUKAN jenaka!)

Wanita perlu tahu yang petanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Anda boleh tidak pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Enam puluh peratus daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun. Sakit pada dagu boleh menyedar kamu dari tidur yang lena.

Mari kita berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup insha Allah.

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata: jika semua orang yang mendapat mail ini menghantar kepada 10 orang, anda boleh yakin bahawa kami akan menyelamatkan  sekuran[truncated by WhatsApp]

Khamis, 17 Julai 2014

Petua Halau Nyamuk

Petua hindari nyamuk secara alami

~ TIPS UTK ELAK NYAMUK DARI BAYI ANDA & TIDAK MEMUDARATKAN KESIHATAN DARI BAU RACUN..Mempunyai masalah nyamuk? cuba kaedah ini. SELAMAT dan BERKESAN menghalau nyamuk! Hanya potong separuh daripada limau nipis dan tekan beberapa ulas cengkih . Ini adalah cara mudah menghalau nyamuk …

* copy paste from others blog

Petua Rawat Resdung

Petua merawat resdung secara alami

Bahan-bahannya ;
1. Limau nipis 8 biji
2. Daun pandan 10 helai

Caranya :
Hiris daun pandan macam bunga rampai. Perah limau nipis tadi. Satu sebatian akan terbentuk. Sapukan ke seluruh bahagian muka.
Jika bersesuaian, tidak sampai 5 minit, ulat resdung akan keluar melalui kulit muka terutamanya di bahagian kening atau pun mana-mana bahagian muka yang selalu terasa gatal.
Ramai yang telah mencuba dikatakan elok selepas itu, insyaallah.

Lakukan 3 kali dalam seminggu. Adalah lebih berkesan jika ini dilakukan dari pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang sebab ulat/ virus resdung sedang aktif ketika ini.
Lebihan bahan tadi bolehlah disimpan di dalam peti sejuk, namun jika bahan yang baru dibuat adalah lebih efektif.

Selamat mencuba !!!

*copy paste from others blog...

Buang Toksin Dalam Badan

Ramuan bagi penyingkiran toksin dari tubuh badan secara semulajadi

Admin mendapat petua ini dari seorang kawan berbangsa tionghua di pasar Tambun bernama Ah Ling.
Beliau adalah seorang penjual sayur di pasar tersebut namun suka memberi petua secara semulajadi dengan herba.
Petua ini dikatakan sangat mujarab bagi penyingkiran toksin secara semulajadi yang diberikan kepada beliau oleh seorang doktor pengamal perubatan tradisional.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut :
1. 6 labu bawang putih bersaiz sederhana
2. 4 biji buah lemon

Cara membuatnya;
1. Kupas kulit bawang putih dan buah lemon.
2. Basuh kedua-dua bahan tadi.
3. Rendam kesemua bahan-bahan tadi dengan air suam sebanyak 1 liter selama 45 minit.
4. Setelah itu, kisarkan bahan-bahan tadi.
5. Amalkan ramuan ini satu sudu setiap hari dicampur air suam dan diminum.
6. Untuk lebih mujarab lagi, bagi yang beragama Islam, selawatlah sebanyak 3 kali sebelum minum.

Insyaallah berkesan untuk mengurangkan toksin dalam badan anda.

*copy paste from other blog...

Khamis, 3 Julai 2014

Petua Rawatan Resdung

Rawatan Resdung :

1. Kisar jintan manis, tumbuk kulit kayu manis, campur dua2 bungkus dalam kain, hidu setiap malam sebelum tidur.
Atau
2. Air panas campur garam bukit dan jintan manis, wap di muka. Bila air dah suam, sedut air kedalam hidung dan lepaskan sekuat mungkin.
Atau
3. Ambil limau nipis sebanyak 8 biji.. Daun pandan 10 helai yang di hiris halus macam bunga rampai.. Perah limau nipis tadi.. Gaulkan sampai sebati.. Satu chemical baru akan terbentuk.. Sapukan di muka.. Kalau sesuai atau serasi, tak sampai 5 minit ulat resdung itu akan keluar ikut kulit muka. Paling banyak akan keluar ikut kening.
Atau
4. Ambil 3 hingga 4 ulas bawang merah, lalu ditumbuk ( jgn smp lumat). Masukkan bawang tadi ke dalam 3 cawan air dan rebus sehingga mendidih. Halakan wap rebusan ke wajah selama beberapa minit. Amalkan 3 kali seminggu dan lihatlah hasilnya..
Atau cara paling mudah
5. Ambil 2 batang kulit kayu manis yang kering, bakar dan sedut asapnya.

Selamat mencuba....